|
|
Produk & Perkhidmatan Kami :-
Wasiat as-Salihin Sewa Kenderaan eCosway Victoria's Secret Blog & Website Pilihan :- Rahsia Ilmu Jutawan Esprit De Corps Simpan Duit Anda Diari Petani Jutawan Bicara Undang-Undang Bicara Kewangan Pelabur Malaysia Bebas Hutang Urus Wang Anda Forum Diskusi Pilihan :- Komuniti Wanita Melayu Komuniti Melayu Bicara Jutawan Forum CARI MalaysiaGIS |
Kelas FKLI & FCPO di Johor Bahru 19 & 20 Julai 2008
Sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini, diam-tak diam sudah hampir setengah tahun kita telah berada ditahun 2008. Sejak kebelakangan ini, agak "liat" untuk mengemaskini blog ini. Walaubagaimana pun, untuk posting yang pertama dalam tahun 2008 ini, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa pada bulan Julai nanti, satu kelas berkaitan Kursus Analisa Teknikal berkaitan dengan Pasaran Asas Hadapan (Futures Market) akan diadakan di Johor Bahru. Kepada mereka yang berada di sekitar Johor Bahru dan berminat untuk mengikuti kelas tersebut, boleh la menghubungi saya di talian 016 -718 7874. Maklumat lanjut kelas tersebut adalah seperti berikut :- Kursus ini mengajar tentang momentum indicators yang digunakan oleh ramai penganalisa teknikal seperti RSI, MACD, Stochastics, dan Moving Averages. Kursus ini juga menghuraikan Japanese Candlestick Charting untuk membolehkan anda menentukan trend reversal dan continuation patterns serta entry dan exit points. Siapa yang perlu hadir? Mereka yang mahu mempelajari: · bagaimana menterjemah price charts · pelbagai strategi urusniaga · applikasi analisa teknikal · bagaimana mengukur risk and rewards ratio · bagaimana untuk membuat urusniaga yang menguntungkan, mencari a good entry/exit point serta dimana untuk meletakkan stops . menggunakan candlestick untuk meramalkan arah pasaran Peringkat Kursus
Asas hingga pertengahan. Nota kursus
Nota lengkap yang diberikan boleh digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang. Sijil kursus
Sijil penyertaan akan diberikan diakhir kursus. Biodata Pengajar
Md Amin Awalludin kini bekerja sebagai Futures Broker Representative di CIMB Futures Sdn Bhd sejak 2000. Beliau telah terlibat dengan industri pasaran hadapan lebih dari 14 tahun dan pernah berkhidmat di pelbagai firma broker bermula dari tahun 1993 di Convest Sdn Bhd, Okachi Sdn Bhd, Phillips Commodities Sdn Bhd dan BBMB Futures Sdn Bhd.
Pengetahuan yang mendalam tentang Japanese candlestick beliau gunakan dalam setiap urusniaga. Beliau juga menganjurkan kursus-kursus yang mengajar bagaimana meningkatkan kebarangkalian mendapat keuntungan dari pasaran dengan menggabungkan Japanese candlestick dan technical indicators serta classical technical analysis. Tarikh : 19-20 Julai 2008 (Sabtu & Ahad) Masa : 9.00pagi 5.00petang Tempat : Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru Yuran : RM580/seorang tidak termasuk penginapan
Jenis-Jenis Yuran dan Bayaran Unit Amanah Salam Sejahtera Semua, Pejam celik rupanya sudah sampai ke penghujung tahun 2007. Masa berlalu begitu pantas. Banyak perkara yang berlaku di sepanjang tahun 2007. Oh ya, buat rakan-rakan yang mempunyai simpanan wang dalam tabung unit amanah, berikut disertakan penerangan tentang cas dan bayaran untuk tabung unit amanah yang dilabur. Sumber diambil dari website Pelabur Malaysia
Bagaimana yuran dan caj mempengaruhi pelaburan anda?
Daripada jumlah asal RM1,000 yang dilaburkan oleh Ahmad, hanya RM933.60 yang sebenarnya dilaburkan sedangkan RM66.40 lagi digunakan untuk membayar yuran dan caj. Ini merupakan kira-kira 6.64% daripada jumlah pelaburan permulaan. Secara teori, pulangan bagi pelaburan daripada dana Ahmad mestilah di atas 6.64% bagi membolehkan dia mendapatkan semula jumlah pelaburannya.
Ilustrasi mudah di atas menunjukkan bahawa yuran dan caj mempunyai kesan terhadap pulangan pelaburan anda. Oleh itu, lebih baik jika anda meneliti secara kritis bahagian bayaran dan caj yang disertakan dalam prospektus dan lihat maklumat mengenai apa dan berapa banyak yang anda peroleh ketika melabur dalam dana unit amanah. Biasanya, dua bayaran paling penting yang perlu diambil kira ialah Yuran Jualan permulaan dan Yuran Pengurusan tahunan. Bagi kedua-dua yuran, lebih rendah lebih baik lagi. Dalam memastikan sama ada yuran yang dikenakan oleh sesuatu dana itu berpatutan, sentiasa bandingkan dengan dana lain dalam kategori yang sama, contohnya, sesuatu dana bon sepatutnya dibandingkan dengan dana bon lain. Faktor yang perlu diambil kira Satu lagi faktor yang perlu diambil kira ialah melabur dalam dana unit amanah sepatutnya menjadi pelaburan jangka panjang. Sebagaimana contoh yang diberikan di atas, pelabur tidak akan mendapat pulangan yang berpatutan jika pelaburan itu adalah untuk tempoh jangka pendek kerana yuran dan caj, terutama caj jualan, akan mengurangkan keuntungan. Walau bagaimanapun, bagi tempoh jangka panjang, dengan mengandaikan bahawa dana itu bergerak aktif, pulangan pelaburan daripada dana tersebut boleh mengimbangi yuran dan caj yang dikenakan.
10 Nov 2007 - Dua Situasi Berbeza Sabtu lepas saya telah memghadiri Seminar Percuma Untuk Wanita - Wang & Pelaburan Bijak anjuran SIDC di Hyatt Regency Hotel Johor Bahru. Rata-rata yang hadir adalah wanita berusia lingkungan 30 tahun keatas. Apabila ditanya dengan peserta di sebelah kanan, kiri dan depan jawapan yang diterima adalah "saya mendapat tahu/ dijemput semasa menghadiri seminar yg dianjurkan oleh persatuan ....wanita", begitu lebih kurang bunyinya. Speaker yang hadir pada hari tersebut adalah Dr. Jamiah Masud dari UPM dan juga Cik Sarimah Ramathadin dari SIDC. Banyak ilmu dan tips yang berguna diperolehi dalam seminar tersebut. Andai kata ramai wanita sekitar Johor Bahru yang hadir pada hari tu, tentunya ekonomi rakyat Negeri Johor akan bertambah baik. Pada hari yang sama dilokasi yang berlainan, berlaku pula satu situasi yang akan menjadi salah satu peristiwa yang akan diingati oleh rakyat Malaysia (khususnya untuk generasi baru). Apa yang dapat disimpulkan disini adalah sebahagian besar dari kita sedang melakukan penghijrahan dan perubahan. Satu perubahan dimana ia akan membawa impak yang besar tak kira sama ada dari segi kewangan atau perubahan sosial dan ekonomi negara. Apa yang penting, proses perkongsian ILMU secara terbuka kini sedang berlaku sekarang. Barulah kekayaan hasil DEB akan mengakar dengan sempurna dikalangan masyarakat melayu - Kata Pakdi. MASA UNTUK BERUBAH !
Gagal Realisasikan Matlamat ? - Jangan Bersedih ! Minggu lepas saya membeli sebuah buku yang dibawa oleh seorang jurujual yang datang ke tempat saya berkerja. Bila dilihat buku tersebut, rupa-rupanya buku yang sedang saya cari iaitu "LA TAHZAN - JANGAN BERSEDIH". Ia merupakan sebuah buku yang sarat dengan elemen-elemen motivasi berbentuk keislaman. Membaca satu tajuk dalam buku tersebut mengingatkan saya kepada tips ke-6 dalam artikel terdahulu, iaitu tabah sekiranya impian tersebut gagal direalisasikan. Biasakan diri untuk menerima qadha dan qadar. Kita tidak mampu mengelak dari sesuatu yang telah ditakdirkan. Yang mampu kita lakukan hanyalah beriman dan berserah diri. Oleh itu siapkan diri untuk menghadapinya. Ketahuilah sesungguhnya kemuliaan itu diukur dari kemurahan hati, sifat terpuji, kesabaran dan akalnya serta nilai keilmuannya. Hidup kekurangan bukanlah bukti bahawa dia hidup sengsara. Demikian pula dengan kebahagiaan, tidak dinilai dari banyaknya harta dan hidup dalam kemewahan. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w:- "Terimalah dengan penuh kerelaan dengan apa yang telah Allah s.w.t berikan kepadamu, nescaya kamu menjadi manusia yang paling kaya" Firman Allah : "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya (dengan kekayaan), lalu dia dimuliakanNya dan diberikanNya kesenangan, maka dia akan berkata : Tuhanku telah memuliakan aku". Adapun bila Tuhannya mengujinya (dengan kemiskinan), lalu disempitkanNya rezekinya, maka dia berkata : "Tuhanku telah menghinaku" (Al-Fajr : 15-16)
Seminar Percuma Untuk Wanita - Wang & Pelaburan Bijak Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat pengunjung rancangkewangan.blogdrive.com, Di sini saya ingin mengajak pengunjung blog ini terutamanya wanita, bersama-sama menghadirkan diri ke seminar bergerak secara percuma anjuran SIDC (Security Industry Development Corporation). Seminar ini khas untuk kaum wanita dan akan dijalankan dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar. Bertemakan Wanita: Wang & Pelaburan Bijak, anda akan diberikan panduan mengenai bagaimana untuk merancang dan menguruskan wang anda dengan lebih berkesan, di samping mendidik anak-anak cara-cara berbelanja secara berhemat. Dengan matlamat untuk menjadi wanita yang berjaya, anda juga boleh belajar mengenai peluang-peluang pelaburan yang ada di negara kita, cara-cara melabur dengan bijak dan paling penting sekali, bagaimana untuk memastikan anda tidak tertipu dengan skim pelaburan yang tidak sah. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama menghadiri seminar ini. DAFTAR SEKARANG dengan menghubungi 03-6204 8665/ 8667 atau klik disini untuk mendaftar. Apa yang ditunggu lagi, ajak rakan-rakan wanita, adik beradik dan sanak saudara menghadiri seminar ini. Tarikh dan Lokasi
Aturcara Program
Sumber : Website Pelabur Malaysia
Ramadhan 1428 - Satu Iktibar Menuju ke Lembaran Baru kehidupan Salam Sejahtera buat semua pengunjung rancangkewangan.blogdrive.com Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah akhirnya sempat juga saya menukilkan sedikit entry dalam bulan yang mulia ini. Kedatangan Ramadhan 1428 kali nie memberikan kami banyak ikhtibar dan pengajaran yang sangat berharga untuk direnungi. Banyak pekara yang dapat dipelajari sama ada tersirat atau tersurat, disedari atau tidak disedari. Ujian dan dugaan yang diterima dalam bulan ramadhan kali ini sememangnya sangat manis apa ntah lagi amat sukar dilupakan oleh kami. Ia banyak menyedarkan serta memberikan kami peringatan dan ilham tentang beberapa pekara yang semakin kami lupai. Memang benar bahawa Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Hanya Kepada DIA sahaja tempat hambaNya berdoa dan meminta. Ramadhan kali ini membuahkan rasa keinsafan atas kesalahan-kesalahan yang telah dilalui sepanjang kehidupan kami sama ada disedari atau tidak. DIA telah memberikan ilham untuk kami merenung semula lorong-lorong perjalanan hidup yang telah kami tinggalkan jauh dibelakang. Bersempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma beberapa hari lagi, kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya secara disedari atau tidak telah menyinggung perasaan sahabat-sahabat yang dikenali sama ada di dunia realiti mahupun dunia tanpa sempadan ini. Semoga dengan kehadiran Syawal kali ini akan membawa lembaran baru dan seribu kebahagian dalam kehidupan kita. Insya Allah. "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Realisasikan Impian - Satu Panduan Berguna Sumber : Website Pelabur Malaysia Tips Pertama Tips Ke-2 Tips Ke-3 Tips Ke-4 Tips Ke-5 Tips Ke-6 Gunakan "Lembaran penentu matlamat kewangan" ini sebagai langkah awal Matlamat jangka pendek (bagi tempoh setahun)
Matlamat jangka sederhana (bagi tempoh 1 hingga 3 tahun)
Matlamat jangka panjang (bagi tempoh 3 hingga 5 tahun)
WEALTH CREATION - Tips Mengukuhkan Kewangan Jadikan hobi sebagai perniagaan yang menguntungkan
Jika anda mempunyai hobi yang anda benar-benar bagus dalam melakukannya, anda mungkin boleh menggunakan hobi itu sebagai punca pendapatan. Pelajari tentang asas kewangan dan perniagaan di rumah, supaya anda tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan amatur dan kehilangan modal yang dilaburkan dalam perniagaan itu. Jika semuanya berjalan dengan baik, hobi anda boleh bertukar menjadi perniagaan yang berjaya. Bina kemahiran yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang Jika anda tidak mempunyai hobi yang boleh dijadikan duit, berusahalah untuk mendapatkan kemahiran yang perlu, yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang. Jika anda tidak tahu apa kemahiran yang anda ada, cari sesuatu yang anda minati dan bina kemahiran dalam bidang itu. Sebuah majalah pernah menyiarkan satu artikel yang menyatakan bahawa perniagaan yag berjaya lazimnya berasaskan perkhidmatan, misalnya penyediaan makanan, rawatan muka di rumah, mencuci rumah, menjahit, kerja tangan dan banyak lagi. Cari peluang di sekeliling anda Perhatikan di sekeliling anda dan cari jenis perkhidmatan yang boleh disediakan untuk kawan-kawan, jiran-jiran atau saudara mara dengan bayaran yang berpatutan. Misalnya, menjaga anak kawan-kawan, membersihkan halaman jiran, memberikan tiusyen atau menjaga haiwan kesayangan kawan-kawan atau saudara mara. Semua perkhidmatan ini boleh dijadikan pendapatan sampingan dan boleh dilakukan di rumah sendiri. Kitar semula dan dapat wang Jika anda tidak mempunyai kemahiran atau hobi yang boleh dikomersialkan atau boleh menghasilkan pendapatan sampingan, satu lagi yang boleh dilakukan untuk mendapat wang ialah menjual barang-barang yang boleh dikitarkan semula seperti surat khabar, majalah, botol plastik, tin makanan atau tin aluminium kepada pusat kitar semula. Contohnya, pusat kitar semula biasanya membayar 16 sen untuk 1 kg surat khabar lama. Jika anda boleh menjual surat khabar lama seberat 100 kg (yang boleh anda kutip daripada jiran-jiran dan kawan-kawan) anda mendapat RM16. Walaupun tidak seberapa, tetap merupakan pendapatan sampingan bagi anda. Dengan cara ini, anda dapat duit daripada barang-barang yang hendak dibuang. Malah, dengan mengumpulkan barangan kitar semula daripada jiran-jiran dan rakan-rakan, anda membantu mereka membuang semua barangan yang tidak diperlukan di rumah mereka. Sekarang ini, tidak ramai yang ada masa untuk menghantar sampah mereka ke pusat kitar semula. Jadi, dengan menawarkan perkhidmatan ini, anda bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar dengan mengitar semula sumber-sumber alam semula jadi tetapi juga mendapat duit. Bina satu rangkaian kerja Beramah mesra dengan rakan-rakan lain dan bentuk satu kumpulan yang boleh memberikan sokongan moral, persahabatan, peluang-peluang perniagaan, serta pusat sumber bagi individu untuk bertukar-tukar idea dan maklumat, mendapatkan nasihat pelaburan dan strategi pemasaran.
Wanita - Ketahuilah Tentang Pengurusan Kewangan Yang Betul! Sumber : http://www.min.com.my/bm/html/#grace
Mengapa wanita perlu berdikari dalam soal kewangan? Mengapa wanita perlu mempunyai pengetahuan mengenai kewangan? Pengetahuan mengenai perkara yang membabitkan kewangan dapat membantu anda lebih cekap membuat keputusan. Pengetahuan itu juga mengurangkan kemungkinan anda melakukan kesilapan dan tertipu, di samping itu anda dapat belajar membezakan antara keperluan dan kehendak anda. Anda akan lebih memahami jenis produk pelaburan yang berbeza di pasaran, teknologi baru dan kemajuan dalam perkhidmatan kewangan. Dengan menjadi orang yang celik kewangan, wanita boleh memperbaiki kualiti hidup mereka melalui amalan tatalaku pengurusan yang lebih kukuh, membuat keputusan yang tekal dengan nilai-nilai mereka dan lebih peka terhadap hak dan tanggungjawab mereka. Wanita mempunyai keupayaan untuk belajar dan memperoleh pengetahuan serta kemahiran. Di manakah wanita boleh mendapat maklumat dan bantuan? Dapatkan nasihat daripada institusi kewangan
Dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan
Ketahui Tentang Penasihat
Membuat keputusan berdasarkan maklumat
Enam perkara perlu diingat 1. Jangan terima sahaja sebarang nasihat Perancangan kewangan
Ilmu dan Kemahiran Pengurusan Kewangan Selepas beberapa hari menyelusuri alam maya...dan telah pun tersangkut dengan blog Mohd Suhaimy a.k.a Shuth, banyak lagi ilmu yang telah saya dapati dan pelajari... Sebagaimana yang diterangkan dalam model SSW (Shuth Strategy of Wealth), keseimbangan antara elemen Ilmu dan Kemahiran adalah penting dalam pembentukan piramid Kekayaan dan ke jalan menuju kebebasan kewangan (financial freedom).
ILMU perlu dicari, tak kira sama ada membeli buku/majalah berbentuk ilmiah, menyertai kursus dan bengkel yang berkaitan atau melayari forum, blog atau website yang menyediakan maklumat-maklumat berguna yang berkaitan dengan pengurusan dan kebebasan kewangan. KEMAHIRAN diperolehi setelah sesuatu pekara dilakukan secara berulang kali. Ia merupakan satu output yang terhasil selepas melalui beberapa proses dari pengalaman, pengamatan dan pembacaan. Seperti yang diperkatakan oleh Shuth :- Selain dari seimbang, ia juga bermula dari sedikit dan kemudiannya bertambah & meningkat dari semasa ke semasa, selari dengan peningkatan tahap kewangan anda. Semakin tinggi tahap kewangan anda, semakin banyak ilmu & kemahiran diperlukan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Model SSW sila layari :-
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||