If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Thursday, October 11, 2007
Ramadhan 1428 - Satu Iktibar Menuju ke Lembaran Baru kehidupan

Salam Sejahtera buat semua pengunjung rancangkewangan.blogdrive.com

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah akhirnya sempat juga saya menukilkan sedikit entry dalam bulan yang mulia ini. Kedatangan Ramadhan 1428 kali nie memberikan kami banyak ikhtibar dan pengajaran yang sangat berharga untuk direnungi. Banyak pekara yang dapat dipelajari sama ada tersirat atau tersurat, disedari atau tidak disedari.

Ujian dan dugaan yang diterima dalam bulan ramadhan kali ini sememangnya sangat manis apa ntah lagi amat sukar dilupakan oleh kami. Ia banyak menyedarkan serta memberikan kami peringatan dan ilham tentang beberapa pekara yang semakin kami lupai.

Memang benar bahawa Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Hanya Kepada DIA sahaja tempat hambaNya berdoa dan meminta. Ramadhan kali ini membuahkan rasa keinsafan atas kesalahan-kesalahan yang telah dilalui sepanjang kehidupan kami sama ada disedari atau tidak. DIA telah memberikan ilham untuk kami merenung semula lorong-lorong perjalanan hidup yang telah kami tinggalkan jauh dibelakang.

Bersempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma beberapa hari lagi, kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya secara disedari atau tidak telah menyinggung perasaan sahabat-sahabat yang dikenali sama ada di dunia realiti mahupun dunia tanpa sempadan ini. Semoga dengan kehadiran Syawal kali ini akan membawa lembaran baru dan seribu kebahagian dalam kehidupan kita. Insya Allah.

"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Posted at 09:52 am by zunur

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry