|
|
Produk & Perkhidmatan Kami :-
Wasiat as-Salihin Sewa Kenderaan eCosway Victoria's Secret Blog & Website Pilihan :- Rahsia Ilmu Jutawan Esprit De Corps Simpan Duit Anda Diari Petani Jutawan Bicara Undang-Undang Bicara Kewangan Pelabur Malaysia Bebas Hutang Urus Wang Anda Forum Diskusi Pilihan :- Komuniti Wanita Melayu Komuniti Melayu Bicara Jutawan Forum CARI MalaysiaGIS |
Seminar Percuma Untuk Wanita - Wang & Pelaburan Bijak Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat pengunjung rancangkewangan.blogdrive.com, Di sini saya ingin mengajak pengunjung blog ini terutamanya wanita, bersama-sama menghadirkan diri ke seminar bergerak secara percuma anjuran SIDC (Security Industry Development Corporation). Seminar ini khas untuk kaum wanita dan akan dijalankan dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar. Bertemakan Wanita: Wang & Pelaburan Bijak, anda akan diberikan panduan mengenai bagaimana untuk merancang dan menguruskan wang anda dengan lebih berkesan, di samping mendidik anak-anak cara-cara berbelanja secara berhemat. Dengan matlamat untuk menjadi wanita yang berjaya, anda juga boleh belajar mengenai peluang-peluang pelaburan yang ada di negara kita, cara-cara melabur dengan bijak dan paling penting sekali, bagaimana untuk memastikan anda tidak tertipu dengan skim pelaburan yang tidak sah. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama menghadiri seminar ini. DAFTAR SEKARANG dengan menghubungi 03-6204 8665/ 8667 atau klik disini untuk mendaftar. Apa yang ditunggu lagi, ajak rakan-rakan wanita, adik beradik dan sanak saudara menghadiri seminar ini. Tarikh dan Lokasi
Aturcara Program
Sumber : Website Pelabur Malaysia Posted at 08:53 am by zunur
|