If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Tuesday, June 03, 2008
Kelas FKLI & FCPO di Johor Bahru 19 & 20 Julai 2008

Salam kepada pengunjung,

Sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini, diam-tak diam sudah hampir setengah tahun kita telah berada ditahun 2008. Sejak kebelakangan ini, agak "liat" untuk mengemaskini blog ini.

 

Walaubagaimana pun, untuk posting yang pertama dalam tahun 2008 ini, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa pada bulan Julai nanti, satu kelas berkaitan Kursus Analisa Teknikal berkaitan dengan Pasaran Asas Hadapan (Futures Market) akan diadakan di Johor Bahru.

 

Kepada mereka yang berada di sekitar Johor Bahru dan berminat untuk mengikuti kelas tersebut, boleh la menghubungi saya di talian 016 -718 7874. Maklumat lanjut kelas tersebut adalah seperti berikut :-

 

Kursus ini mengajar tentang momentum indicators yang digunakan oleh ramai penganalisa teknikal seperti RSI, MACD, Stochastics, dan Moving Averages. Kursus ini juga menghuraikan Japanese Candlestick Charting untuk membolehkan anda menentukan trend reversal dan continuation patterns serta entry dan exit points.

 

Siapa yang perlu hadir?

Mereka yang mahu mempelajari:

·          bagaimana menterjemah price charts

·          pelbagai strategi urusniaga

·          applikasi analisa teknikal

·          bagaimana mengukur risk and rewards ratio

·          bagaimana untuk membuat urusniaga yang menguntungkan, mencari a good 

           entry/exit point serta dimana untuk meletakkan stops

.          menggunakan candlestick untuk meramalkan arah pasaran

 

Peringkat Kursus

Asas hingga pertengahan.

 

Nota kursus

Nota lengkap yang diberikan boleh digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang.

 

Sijil kursus

Sijil penyertaan akan diberikan diakhir kursus.

 

Biodata Pengajar

Md Amin Awalludin kini bekerja sebagai Futures Broker Representative di CIMB Futures Sdn Bhd sejak 2000. Beliau telah terlibat dengan industri pasaran hadapan lebih dari 14 tahun dan pernah berkhidmat di pelbagai firma broker bermula dari tahun 1993 di Convest Sdn Bhd, Okachi Sdn Bhd, Phillips Commodities Sdn Bhd dan BBMB Futures Sdn Bhd.

 

Pengetahuan yang mendalam tentang Japanese candlestick beliau gunakan dalam setiap urusniaga. Beliau juga menganjurkan kursus-kursus yang mengajar bagaimana meningkatkan kebarangkalian mendapat keuntungan dari pasaran dengan menggabungkan Japanese candlestick dan technical indicators serta classical technical analysis.

 

Tarikh               :             19-20 Julai 2008 (Sabtu & Ahad)

Masa                :             9.00pagi – 5.00petang

Tempat            :             Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru

Yuran              :             RM580/seorang tidak termasuk penginapan


Posted at 09:58 am by zunur

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home