|
|
Produk & Perkhidmatan Kami :-
Wasiat as-Salihin Sewa Kenderaan eCosway Victoria's Secret Blog & Website Pilihan :- Rahsia Ilmu Jutawan Esprit De Corps Simpan Duit Anda Diari Petani Jutawan Bicara Undang-Undang Bicara Kewangan Pelabur Malaysia Bebas Hutang Urus Wang Anda Forum Diskusi Pilihan :- Komuniti Wanita Melayu Komuniti Melayu Bicara Jutawan Forum CARI MalaysiaGIS |
Elemen Dalam Perancangan Kewangan Sumber :http://www.min.com.my/bm/html/rkewangan9.html Istilah "perancangan kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan. 1. Pengurusan aliran tunai
2. Perancangan Pelaburan Setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda. 3. Perancangan Insurans Pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya. 4. Perancangan Cukai Perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki, bawah sistem cukai tempatan 5. Perancangan Persaraan Anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan 6. Perancangan Harta Mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.
Perancangan Kewangan Dalam Rumahtangga Bagaimanakah definasi anda terhadap "kebahagiaan". Adakah dengan cukup wang, banyak wang atau hidup tanpa hutang? Kebahagiaan dan ketenangan hidup akan lebih bermakna sekiranya ada unsur-unsur keseimbangan antara usaha mencapai matlamat kewangan peribadi dan matlamat kehidupan secara menyeluruh. Dalam melaksanakan pelan pengurusan kewangan, penglibatan ahli keluarga khususnya suami isteri adalah sangat penting untuk mengelakkan pergeseran dalam rumahtangga. Ini kerana tanggungjawab membina keluarga yang sejahtera adalah tanggungjawab bersama. Musyawarah dan muafakat akan menyusun atur kewangan keluarga. Yang lebih penting, kekuatan jiwa keluarga disepadukan untuk mengharungi perjuangan hidup. Sebelum memulakan langkah pertama dalam melaksanakan pelan perancangan kewangan, setiap ahli keluarga (suami isteri) perlu mengadakan perbincangan. Ia satu langkah penting supaya semua anggota keluarga terlibat dalam proses merancang keperluan kewangan keluarga. Terdapat juga kajian yang menyatakan antara salah satu faktor perceraian adalah disebabkan oleh masalah kewangan. Pasangan suami isteri akan semakin rapat sewaktu menjalani ujian yang Allah turunkan kepada keluarga, Insya Allah mereka akan menjadi lebih tabah. Harta benda adalah hak mutlak Allah dan hanya kepadaNya kita harus mengadu. Allah boleh melapangkan dan menyempitkan rezeki sesiapapun Dia kehendaki. Yang penting, kecapilah kebahagian berumahtangga kerana itu lebih bernilai dari semua wang ringgit yang ada. Lihatlah anak-anak yang membesar dan menjadi amanah Allah kepada kita, kerana mereka adalah pelaburan kita yang paling berharga di dunia dan di akhirat. Ketahuilah bahawa petanda berkatnya harta kita ialah dimana harta itu mampu membawa manfaat kepada masyarakat. Harta yang banyak itu patut dialirkan sebagai sedekah dan wakaf untuk masyarakat serta harta pusaka kepada ahli waris. Masyarakat memerlukan orang kaya yang bersifat rendah diri serta mempunyai kekayaan jiwa.
Pengurusan Kewangan + Cashflow 101 Alhamdulilah....pada Ahad lepas 20/5/2007 kami berkesempatan ke Bengkel Cashflow 101 di Puri Pujangga Anjuran Forum BicaraJutawan. Perghh...memang best...sepanjang perjalanan balik ke JB topik yang hangat dibualkan berkisar tentang Cashflow 101. Mesti ramai yang tertanya apakah yang menarik sangat tentang bengkel tersebut? Jawapan hanya satu...semuanya berkisar tentang Pengurusan Kewangan (Financial Planning). Bagi kami ia merupakan satu pengalaman dan ilmu yang baru. Melaksanakan pengurusan kewangan peribadi adalah satu pekara sebenar yang sedang berlaku (real life) dan kesemua tu boleh digambarkan dengan permainan simulasi Cashflow 101. Pemahaman kami terhadap pengurusan kewangan kini semakin jelas setelah bermain simulasi Cashflow 101. Kepada rakan-rakan yang lain, apa kata cuba bermain dengan permainan simulasi Cashflow 101 pula. Saya pasti ramai yang akan lebih berpuas hati selepas ini. Oh ya, kalau nak tau apa dia Cashflow 101 tu klik disini untuk keterangan lanjut.
Bicara Jutawan Di Pantau ? - Utusan Malaysia Forum Bicara Jutawan (www.bicarajutawan.com) merupakan salah satu forum kegemaran yang banyak memberikan saya ILMU khususnya mengenai keusahawan, kewangan, hartanah, amanah saham dan insurans. Maka disini saya terpanggil untuk bersama-sama dengan ahli bicarajutawan yang lain menyokong kenyataan dari pengasasnya www.pakdi.net Dari blog pakdi: [Updated] BicaraJutawan telah memberi amaran tentang kehadiran skim cepat kaya baik secara offline atau pun online, jauh lebih awal dari fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Sila rujuk: 1. Kategori Pendidikan Asas Kewangan 2. Kategori Portfolio Investment Malah kami telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang seharusnya dibaca oleh semua pengunjung BicaraJutawan, tentang pendirian kami terhadap skim cepat kaya. Sila rujuk:- Selamat Datang ke BicaraJutawan.com Dari Utusan Malaysia: 37 laman web skim cepat kaya dipantau "Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan.com" Hai… bila masa pulak BicaraJutawan dan WangCyber offer pelaburan skim cepat kaya kepada pengunjung mereka? Takpelah, biar diorang siasat dulu. Kepada pihak yang berkenaan, saya boleh dihubungi melalui admin[at]bicarajutawan.com / 013-3403593 Sekian, Terima Kasih. Perbincangan lain:- 1. Utusan Malaysia: Bicarajutawan.com kena pantau? p.s. oh ya, untuk mereka yang jarang surf forum BJ, ia adalah forum yang bincang pelbagai isu berkaitan pelaburan dan perniagaan. Dari topik nak menjaja di pasar malam macam mana, buat roti macam mana, tanam cendawan macam mana, bela ikan keli macam mana, nak melabur di Bursa Malaysia macam mana, nak mendaftar syarikat macam mana, nak bela kambing macam mana, pelajar IPT nak berniaga part-time macam mana dan sebagaonya. MANAKALA topik yang mempromosikan program jana wang dan skim cepat kaya tidak dibenarkan dari dulu sampailah sekarang.
Panduan Mendidik Anak Mengenai Wang Bilakah masa yang sesuai untuk mendidik anak-anak mengenai nilai wang? Tidak ada jangka waktu tertentu tetapi eloklah dimulakan seawal yang boleh. Mendidik, menggalakkan dan memberi kepercayaan kepada anak untuk bijak berbelanja sejak kecil akan menanamkan tabiat kewangan yang baik. Untuk memulakan anak anda mengenal tanggungjawab kewangan, ada enam panduan mudah di sini: 1. Berikan mereka wang saku Memberikan wang saku boleh membantu membina keupayaan anak merancang perbelanjaan. Bagi memutuskan berapa banyak yang perlu diberikan kepada mereka, fikirkan dengan teliti jenis perbelanjaan yang boleh digunakan untuk wang saku itu. Misalannya, bagi belanja sekolah, elok kalau anda pergi tinjau harga makanan dan minuman yang dijual di kantin sekolah sebelum memutuskan berapa banyak wang saku yang diperlukan oleh anak anda. Jika perlu, berikan wang saku dalam beberapa pecahan wang bagi menggalakkan mereka menabung. Misalannya, jika wang saku RM2, berikan anak anda wang kertas RM1 manakala selebihnya dalam bentuk wang syiling supaya dia boleh mengasingkan beberapa keping wang syiling untuk dimasukkan ke dalam tabung. 2. Tentukan matlamat yang realistik Berbincanglah dengan anak anda mengenai matlamat mereka kerana itulah kunci kejayaan dalam menabung. Matlamat tabungan anak anda mungkin merupakan sejenis barang permainan yang istimewa, buku, basikal atau permainan Play Station yang terkini. Walau apa pun, matlamat itu mestilah realistik dan boleh menggalakkan mereka untuk menabung. Walau bagaimanapun, berbincang dengan mereka dahulu. Matlamat itu mestilah matlamat mereka, bukannya matlamat anda. Kemudian, tinjau kos barang yang hendak dibeli itu dan congak berapa banyak anak anda perlu menabung setiap minggu bagi membeli barangan tersebut dalam satu jangka masa. Pastikan ia munasabah... Bagi anak yang masih kecil, alat pandang dengar boleh membantu. Gunting gambar yang diperlukan dan lekatkan pada sebuah balang. Sambil dia memasukkan wang ke dalam balang itu setiap hari, dia boleh tengok wangnya semakin bertambah dan tidak lama lagi bolehlah dia mencapai matlamatnya. Anak yang lebih besar boleh menyimpan rekod simpanan dalam buku nota dan buat pengiraan setiap minggu. 3. Didik mereka mengenai nilai pelaburan Memulakan tabiat menabung dan melabur sejak awal merupakan kunci kepada perancangan kewangan yang berjaya. Jika boleh, setiap kali anda ke bank untuk berurusan atau untuk melabur dalam unit amanah, bawa sekali anak-anak dan bukalah akaun simpanan untuk mereka. Laburkan sebahagian daripada wang simpanan mereka dalam dana amanah dan ajak mereka sama-sama melihat perkembangan pelaburan itu. Walau bagaimanapun, jangan halang hak anak anda untuk mengeluarkan sedikit wang simpanan atau pelaburan mereka untuk membeli sesuatu kerana, jika anda menghalang mereka, mungkin akan melemahkan minat mereka untuk menabung atau melabur. Yang perlu dilakukan ialah memberitahu mereka bahawa jika wang simpanan dikeluarkan sebelum matlamat mereka tercapai, maknanya lebih lamalah masa yang akan diambil untuk mencapai matlamat mereka. Jika mereka mengeluarkan simpanan setelah mencapai matlamat mereka, itu juga merupakan pilihan mereka sendiri. Pendek kata, tak kiralah sama ada mereka mahu mengeluarkan wang simpanan sebelum mencapai matlamat mereka (sekiranya berlaku kes kecemasan atau ada barang yang mereka perlukan segera) ataupun tidak, terpulanglah kepada mereka keputusan sepenuhnya dan untuk mereka memahami kesan mengeluarkan wang itu pada masa tersebut. 4. Simpan rekod kewangan yang baik Galakkan anak-anak anda menyimpan resit pembelian buku, permainan atau barangan lain dalam sampul surat atau menyimpan jurnal perakaunan yang mudah bagi membolehkan mereka menjejaki perbelanjaan dan tabungan mereka. Ini boleh menanamkan tabiat merekodkan perbelanjaan supaya mereka boleh belajar mengurus kewangan mereka secara sistematik pada masa hadapan. Contohnya: - Matlamat : Ingin membeli Buku Cerita Harga : RM25.90
5. Izinkan anak-anak mengatur sendiri perbelanjaan mereka Belajar berbelanja secara bijak membabitkan beberapa percubaan dan kesilapan. Sama ada keputusan berbelanja yang mereka ambil itu baik atau tidak, mereka perlu belajar daripada pilihan mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, anda boleh mengajak mereka berbincang secara terbuka mengenai kebaikan dan keburukan sebelum mereka berbelanja. Galakkan anda membuat sedikit tinjauan sebelum berbelanja besar atau menunggu masa yang sesuai untuk membeli, misalannya ketika jualan murah. 6. Tunjukkan contoh yang baik Akhir sekali, sebagai ibu bapa, tunjukkan contoh yang baik melalui pengurusan kewangan anda sendiri yang baik dan bijak. Elakkan pembelian yang tidak dirancang atau mengejut. Elakkan daripada banyak membuat hutang tidak perlu, contohnya hutang kad kredit. Sama ada baik atau buruk, anak-anak belajar bagaimana menguruskan wang daripada ibu bapa mereka. Seperti kata pepatah, "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Oleh itu, mendidik anak anda tentang pengurusan wang yang baik serta menunjukkan pula contoh yang baik, pasti akan mendorong mereka berjaya mengendalikan kewangan mereka sendiri.
Kenapa Perlu Perancangan Kewangan?
Nota : Kesemua kaedah di bawah ini adalah merupakan sebahagian teknik yang akan anda dapati dan pelajari di bengkel Aziz CFP.
Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.
1. Nilai Kedudukan Kewangan Anda
1a. Pastikan Nilai Bersih Wang Anda Nilai bersih simpanan menggambarkan kedudukan kewangan anda. Untuk mengira nilai bersih simpanan, anda perlu menyenaraikan semua aset dan tanggungan anda. Kemudian tolak tanggungan daripada aset untuk mendapat nilai bersih simpanan. Aset merangkumi wang tunai, akaun bank, barang-barang berharga seperti barang kemas atau barangan antik, pelaburan sedia ada seperti saham atau unit amanah dan aset tetap seperti rumah atau hartanah. Tanggungan pula termasuklah sebarang pinjaman anda (untuk membeli kereta, rumah, malah pinjaman daripada keluarga dan kawan-kawan), kad kredit dan sebarang hutang lain jika ada. Jika selepas dikira, nilai bersih adalah negatif, bermakna anda belum mampu melabur. Lupakan sahaja soal pelaburan buat sementara waktu dan berusaha supaya nilai bersih wang anda bertukar positif. Sebaliknya, jika nilai bersih adalah positif, perlu pula dilihat sama ada ia mencukupi untuk memenuhi semua keperluan akan datang. Mungkin jumlahnya perlu ditingkatkan supaya lebih banyak boleh dilaburkan.
Bagaimana untuk meningkatkan nilai bersih wang? Satu caranya adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebarang lebihan wang tunai daripada perbelanjaan boleh dimasukkan dalam senarai aset bagi meningkatkan nilai bersih. Tetapi, perbelanjaan yang mana pula perlu dipotong? Untuk menentukannya:-
1b. Buat penyata aliran tunai
Ketika berlatih membuat aliran tunai, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dan ada soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri, antaranya:-
2. Tetapkan Matlamat Kewangan Anda Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti naik keretapi Orient Express). Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian Mat Jenin. 3. Bentuk Program Pelaburan Anda Setelah penampan waktu terdesak ini disediakan, anda boleh menimbangkan berapa banyak lebihan daripada pendapatan yang boleh digunakan untuk pelaburan bagi mencapai matlamat kewangan anda. Mulakan secara kecil-kecilan dan kemudian tingkatkan jumlah pelaburan setelah tabungan meningkat. Atau anda boleh juga memulakan pelaburan dengan menggunakan sebahagian daripada wang simpanan dan kemudian, setelah berasa lebih yakin, tambahkan tabungan untuk pelaburan. 3a. Peruntukan aset: pelbagaikan pelaburan Anda perlu buat kajian dahulu. Pertama, cari jenis produk pelaburan yang boleh anda peroleh, bagaimana setiap pelaburan itu dilaksanakan dan apa risiko terbabit. (Sebagai permulaan, anda boleh klik Produk Pelaburan di laman ini). Ketika membuat penyelidikan mengenai sesuatu pelaburan, bermakna anda sedang menyelidik sesebuah syarikat atau pertubuhan kerana merekalah yang menerbitkan saham, sekuriti, unit amanah, bon dan lain-lain. Ada banyak maklumat boleh diperoleh, sama ada di media, dalam talian, dan daripada syarikat itu sendiri, yang membolehkan anda mengenali syarikat tersebut secara lebih dekat. Amat penting anda mengetahui secara jelas mengenai syarikat tersebut seperti jenis produk, prestasi, pasaran, saingan dan jenis industrinya bagi membolehkan anda membuat ramalan tentang prospek masa depannya. Mengapa? Sebab pelaburan anda bergantung kepada masa hadapan. Anda tidak sepatutnya melabur dalam satu aset tertentu sahaja; supaya pelaburan anda berjaya, anda patut memilih gabungan beberapa kelas aset atau rangkaian pilihan beberapa aset tertentu dalam satu kelas aset (umpamanya melabur dalam pelbagai sektor sekiranya ekuiti adalah satu-satunya pilihan anda). Dalam perkataan lain, pelbagaikan pelaburan. Menentukan berapa banyak wang yang hendak dilaburkan dalam setiap kelas aset untuk membentuk portfolio pelaburan dipanggil pembahagian aset. Bagi anda, gabungan aset keseluruhan yang tepat bergantung kepada matlamat, jangka masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat tersebut, jumlah wang yang anda ada untuk dilaburkan dan umur. Jika anda ada pelan jangka panjang dengan matlamat untuk menyekolahkan anak anda daripada sekolah rendah ke peringkat universiti, anda boleh memulakan pendekatan agresif dengan memperuntukkan peratus lebih tinggi dalam pelaburan ekuiti. Tetapi, jika jangka masa yang ditetapkan adalah lebih singkat, anda mungkin perlu bersikap sederhana dan membuat peruntukan sama rata antara ekuiti dan bon yang lebih selamat. Jika dana pelaburan anda agak kecil, ini bermakna anda perlu memilih unit amanah. Umur anda juga harus diambil kira. Secara amnya, jika anda lebih berusia, anda patut lebih konservatif dalam membuat pelaburan dan tumpuan anda juga harus beralih kepada produk pelaburan yang menghasilkan pendapatan seperti bon. 3b. Laksanakan Program Anda Jawapannya mudah saja! Lebih awal, lebih baik! Memulakannya awal memang digalakkan supaya anda ada lebih banyak masa untuk mengembangkan pelaburan. Jika anda masih muda, lebih banyak masa untuk anda membuat pelaburan dan menambah tabungan. Jika anda kini berada di pertengahan kerjaya, anda masih boleh mencapai matlamat kewangan - cuma ia memerlukan lebih tabungan. Walaupun anda mungkin kini berada pada usia hampir bersara, jangan fikir sudah terlewat untuk memulakannya! Ingatlah, lebih baik lewat daripada tidak berusaha langsung! Ketika mula melabur, jangan melabur secara melulu. Bak kata orang, naik keretapi yang betul pada waktu yang tepat, sangat penting jika hendak sampai ke tempat dituju pada waktunya. Nasihat kami: Beli apa yang anda tahu. Jika anda tidak memahami sesuatu jenis pelaburan, jangan menceburkan diri sehingga anda faham semua konsepnya. Berfikir dan bertindak rasional untuk membeli pada harga rendah (dan menjual pada harga tinggi). Jangan biarkan perasaan tamak mengatasi pertimbangan wajar, misalnya beli saham pada harga sangat tinggi (atau enggan menjualnya kerana mahu lebih banyak keuntungan). Elakkan daripada bertindak mengikut khabar angin. Memang biasa terdengar cakap-cakap di pasaran mengenai harga sesuatu saham akan naik. Selepas itu, semua orang akan berlumba-lumba membeli saham tersebut. Pembelian yang meningkat secara tiba-tiba itu menyebabkan harga saham tersebut melonjak, dan ini memberi peluang kepada pihak yang memulakan khabar angin itu untuk menjual saham mereka pada harga tinggi. Kesudahannya, siapa yang terpaksa pegang saham yang tinggi harganya itu? Kemudian, kira berapa banyak wang diperlukan untuk memenuhi setiap matlamat tersebut. Jangan pula rasa takut melihat jumlah yang telah dianggarkan. Melainkan mereka yang memang sudah banyak menabung, kebanyakan kita perlu bekerja keras menambah tabungan untuk mencapai matlamat yang diimpikan - dan menambah tabungan boleh juga dibuat melalui pelaburan.
Hidup Tenang Walaupun Berhutang Sumber : Bab 4, buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang oleh Shamsuddin Abdul Kadir Anda dapat hidup tanpa/dengan hutang dengan mengamalkan perkara di bawah ini: - Simpan duit secara berterusan - Kawal nafsu - Hidup dalam kesederhanaan - Belanja ikut belanjawan - Bagi dahulu, baru terima - Gunakan pinjaman secara bijak 1. Simpan secara berterusan Dengan mempunyai simpanan, anda dapat membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan adanya wang simpanan, ia mengelakkan dan mengurangkan risiko anda berhutang kerana anda tiada keperluan berhutang. Tidak kira sekecil mana anda menyimpan setiap kali mendapat gaji, ia mengajar anda menyimpan. Ini memberikan ketenangan dan semangat setiap kali anda melihat duit tabungan anda semakin bertambah. Sekiranya anda menyimpan sebanyak RM25 sebulan bagi 30 tahun dengan kadar faedah 7 peratus setahun, anda mempunyai RM30,000. Bagi simpanan RM25 seminggu dalam masa 30 tahun, anda mempunyai lebih RM122,000. Berapakah yang anda miliki sekiranya menyimpan RM200 sebulan bagi 30 tahun? Lebih daripada RM 245,000. Itu baru 7 peratus kadar faedahnya. Sekiranya anda menyimpan dalam simpanan yang kadar keuntungan lebih daripada 10 peratus, berapa? 2. Kawal Nafsu Anda perlu kenal pasti dan faham perbezaan antara kehendak dan keperluan. Keperluan adalah perkara asas atau paling penting sebelum kehendak. Ini bukan bermaksud anda tidak boleh memenuhi kehendak anda, tetapi anda perlu memberikan keutamaan kepada keperluan dalam setiap langkah pada setiap hari dan masa. Sekiranya anda memberikan keutamaan pada kehendak dalam berbelanja, anda terpaksa meminjam ataupun berhutang bagi memenuhi keperluan kerana duit gaji sudah habis. Apabila mendapat gaji dan sesudah ditolak simpanan dan perbelanjaan keperluan, sekiranya ada lebih gunakan bagi memenuhi kehendak naluri anda. Seperti yang kita bincang sebelum ini, setiap kali anda ingin membeli sesuatu, tanyakan kepada diri anda soalan-soalan seperti di bawah:- -Mampukah saya mendapatkannya ataupun membelinya? -Adakah saya perlu memilikinya? 3. Hidup Dalam Kesederhanaan Berbelanja jangan sampai boros, berjimat jangan sampai kedekut. Kaki peminjam pun tidak, kaki belanja pun tidak. Mabuk belanja pun tidak, mabuk berjimat pun tidak. Sentiasa mengutamakan keperluan berbanding kehendak. 4. Belanja mengikut belanjawan Pastikan anda menambahkan ilmu berkaitan cara-cara hendak membuat belanjawan supaya kesilapan membuat hutang tidak berlaku lagi. Walau sebaik mana belanjawan dirancang, ia tinggal belanjawan sekiranya anda tidak memastikan ia diikuti. Jangan berbelanja melebihi yang ditetapkan kerana apa yang dirancang itu menjadi sia-sia. 5. Beri dahulu, baru terima Gunakan konsep memberi duit dahulu sebelum menerima barang, bukannya mengambil barang dahulu dan selepas sebulan baru hendak mula membayar sedikit-sedikit (ansuran). Ingat, beri duit sebelum mengambil barang, bukannya memberi kad kredit. 6. Gunakan pinjaman secara bijak Sebelum membuat pinjaman, fikir dahulu adakah anda mampu membayar balik? Sekiranya tidak mampu, jangan pinjam. Jangan menyalah guna duit pinjaman dan menyebabkan bebanan hutang anda bertambah. Jangan terikut-ikut dengan konsep lagi lama tempoh pembayaran balik, lagi rendahlah ansuran bulanan. Memang benar sekiranya jumlah ansuran yang dibayar bagi sebuah rumah yang dibeli dengan pembayaran balik selama 20 tahun adalah dua kali ganda harga rumah itu. Tetapi, bagaimana dengan ansuran selama 30 tahun ? Duit siapa yang habis? Anda membeli rumah berharga RM 100,000 tetapi membayarnya dengan RM 300,000. Adakah ia berbaloi?
Jenis Faedah Dalam Pinjaman SISTEM PENGIRAAN FAEDAH PINJAMAN Sebelum saya mulakan bicara, saya ingin bertanya sesuatu kepada anda. Jika anda diberi 2 pilihan pinjaman peribadi, yang mana satukah pilihan anda? 1 - Kadar Nominal yang dikira secara straight calculation
Kemudahan Overdarft (OD) Nukilan Oleh : Mohd Yusoff OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di 'standby' kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan. Ciri-ciri Over Draft (OD) :- 1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (Guna cek) 2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit (FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) 3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis. Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000 kemudahan OD. 4. OD boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat. 5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka. Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :- Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18% (15% +3%) Kelebihan OD ni ialah ianya satu standby facility dan jika anda tak guna maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fee untuk maintain the facility dan jika anda sesak nak pakai duit maka anda tak perlu pening-pening nak pakai kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along.
Kenapa Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Tahukah anda bahawa di antara banyak-banyak unit amanah saham di Malaysia, Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah yang terbaik setakat ini (Khususnya untuk bumiputera)? Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa pakar kewangan bumiputera. Bagi yang bersikap konservatif terhadap pelaburan dan memerlukan pulangan yang konsisten, maka simpanan di dalam ASB adalah jawapannya. Selain berfungsi sebagai simpanan, sifatnya yang fleksibel dan kos operasi yang rendah ia merupakan satu-satunya instrumen pelaburan yang paling selamat untuk golongan seperti di atas. Pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Ini bermakna modal pelaburan/simpanan di dalam ASB tidak akan susut nilai.
|