Entry: 10 Nov 2007 - Dua Situasi Berbeza Friday, November 16, 2007



Sabtu lepas saya telah memghadiri Seminar Percuma Untuk Wanita - Wang & Pelaburan Bijak anjuran SIDC di Hyatt Regency Hotel Johor Bahru. Rata-rata yang hadir adalah wanita berusia lingkungan 30 tahun keatas.

Apabila ditanya dengan peserta di sebelah kanan, kiri dan depan jawapan yang diterima adalah "saya mendapat tahu/ dijemput semasa menghadiri seminar yg dianjurkan oleh persatuan ....wanita", begitu lebih kurang bunyinya. Speaker yang hadir pada hari tersebut adalah Dr. Jamiah Masud dari UPM dan juga Cik Sarimah Ramathadin dari SIDC. Banyak ilmu dan tips yang berguna diperolehi dalam seminar tersebut. Andai kata ramai wanita sekitar Johor Bahru yang hadir pada hari tu, tentunya ekonomi rakyat Negeri Johor akan bertambah baik. Pada hari yang sama dilokasi yang berlainan, berlaku pula satu situasi yang akan menjadi salah satu peristiwa yang akan diingati oleh rakyat Malaysia (khususnya untuk generasi baru).

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah sebahagian besar dari kita sedang melakukan penghijrahan dan perubahan. Satu perubahan dimana ia akan membawa impak yang besar tak kira sama ada dari segi kewangan atau perubahan sosial dan ekonomi negara. Apa yang penting, proses perkongsian ILMU secara terbuka kini sedang berlaku sekarang. Barulah kekayaan hasil DEB akan mengakar dengan sempurna dikalangan masyarakat melayu - Kata Pakdi.

MASA UNTUK BERUBAH !

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments