|
Salam Sejahtera Semua,
Pejam celik rupanya sudah sampai ke penghujung tahun 2007. Masa berlalu begitu pantas. Banyak perkara yang berlaku di sepanjang tahun 2007.
Oh ya, buat rakan-rakan yang mempunyai simpanan wang dalam tabung unit amanah, berikut disertakan penerangan tentang cas dan bayaran untuk tabung unit amanah yang dilabur. Sumber diambil dari website Pelabur Malaysia
|
|
Ketahui mengenai bayaran dan caj
Terdapat bayaran dan caj yang berbeza antara dana, tetapi lazimnya, syarikat pengurusan unit amanah mengenakan: |
 |
Caj jualan/yuran beli (caj muka) – Ini merupakan caj sekali sahaja yang termasuk dalam harga jualan unit. Biasanya, bayaran ini dikenakan untuk membiayai kos menetapkan pegangan pelabur, dan membayar komisen kepada perunding, ejen unit amanah dan sebagainya. |
| |
|
 |
Yuran belian balik (caj belakang) – Ini biasanya termasuk dalam harga belian dana. Walau bagaimanapun, bayaran ini jarang dikenakan ke atas pelabur. |
| |
|
 |
Yuran pengurusan – Ini merupakan bayaran kepada syarikat pengurusan bagi mentadbir dan menguruskan dana dan dicajkan secara langsung kepada dana. Jumlah ini berbeza-beza dan bergantung kepada stail pengurusan dana, misalannya aktif atau pasif. Bayaran ini dikenakan secara tahunan. |
| |
|
 |
Yuran pemegang amanah – Ini merupakan yuran tahunan yang dibayar kepada pemegang amanah sebagai kustodian kepada aset dana. |
| |
|
 |
Yuran pentadbiran – Yuran langsung atau kos yang ditanggung. Termasuk yuran dan pembayaran kepada juruaudit, semua perbelanjaan dan pembayaran yang ditanggung oleh pemegang amanah, duti dan cukai dan lain-lain yang berkaitan dengan dana tersebut yang perlu dibayar. |
| |
|
 |
Yuran tukar ganti – Sesetengah syarikat pengurusan, dengan lebih daripada satu dana bawah pengurusannya, membenarkan pemegang unitnya untuk bertukar dana. Kemudahan pertukaran ini membolehkan pemegang unit bertindak balas terhadap perubahan dalam objektif kewangan atau matlamat dan keadaan pasaran. “Yuran tukar ganti” dikenakan bagi tujuan ini. |
| |
|
 |
Yuran pemindahan – Caj bagi pemindahan unit kepada pelabur lain |
Bagaimana yuran dan caj mempengaruhi pelaburan anda? Diberikan satu contoh di sini: Ahmad mahu melabur RM1,000 dalam dana unit amanah bagi tempoh setahun (jangka masa pendek).
|
Permohonan |
Caj |
Pelaburan Ahmad |
|
Peringkat 1 Pada masa belian |
5% Caj Jualan |
Jumlah permulaan yang boleh dilaburkan = RM1,000
Tolak Caj Jualan = RM50.00 (5% X 1000)
Jumlah diperoleh selepas bayaran jualan = RM950 |
|
Peringkat 2 Sebagai pemegang unit |
1.5% Yuran pengurusan 0.07% Yuran pemegang amanah 0.07% Yuran lain |
Tolak yuran tahunan:
Yuran pengurusan RM15.00 (1.5% X 1000)
Yuran pemegang RM0.70 (0.07 X 1000) amanah
Yuran lain RM0.70 (0.07 X 1000)
Jumlah yuran = RM16.40
Jumlah sebenar yang ada untuk dilaburkan: RM933.60 |
|
Peringkat 3 Pada masa penjualan (satu tahun kemudian) |
Tiada yuran keluar |
Jumlah yuran dan caj untuk tahun tersebut RM66.40
Jumlah sebenar dilaburkan pada masa penjualan RM933.60 |
Daripada jumlah asal RM1,000 yang dilaburkan oleh Ahmad, hanya RM933.60 yang sebenarnya dilaburkan sedangkan RM66.40 lagi digunakan untuk membayar yuran dan caj. Ini merupakan kira-kira 6.64% daripada jumlah pelaburan permulaan. Secara teori, pulangan bagi pelaburan daripada dana Ahmad mestilah di atas 6.64% bagi membolehkan dia mendapatkan semula jumlah pelaburannya.
|
Pengurangan dalam wang Ahmad |
RM66.40 (6.64%) |
|
Penyebab utama kepada pengurangan itu |
Caj jualan = RM50 (5%) |
|
Untuk mendapat semula pelaburan dalam tahun yang sama, dana itu mestilah mencapai pulangan sekurang-kurangnya 6.4% . |
Ilustrasi mudah di atas menunjukkan bahawa yuran dan caj mempunyai kesan terhadap pulangan pelaburan anda. Oleh itu, lebih baik jika anda meneliti secara kritis bahagian bayaran dan caj yang disertakan dalam prospektus dan lihat maklumat mengenai apa dan berapa banyak yang anda peroleh ketika melabur dalam dana unit amanah.
Biasanya, dua bayaran paling penting yang perlu diambil kira ialah Yuran Jualan permulaan dan Yuran Pengurusan tahunan. Bagi kedua-dua yuran, lebih rendah lebih baik lagi. Dalam memastikan sama ada yuran yang dikenakan oleh sesuatu dana itu berpatutan, sentiasa bandingkan dengan dana lain dalam kategori yang sama, contohnya, sesuatu dana bon sepatutnya dibandingkan dengan dana bon lain.
Faktor yang perlu diambil kira Walau bagaimanapun, pelabur tidak harus membuat keputusan pelaburan semata-mata berasaskan kepada caj permulaan atau caj yang lain. Caj yang tinggi tidak semestinya menjejaskan perancangan pelaburan anda. Tetapi anda perlu memastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat pengurusan setimpal dengan caj yang dikenakan.
Satu lagi faktor yang perlu diambil kira ialah melabur dalam dana unit amanah sepatutnya menjadi pelaburan jangka panjang. Sebagaimana contoh yang diberikan di atas, pelabur tidak akan mendapat pulangan yang berpatutan jika pelaburan itu adalah untuk tempoh jangka pendek kerana yuran dan caj, terutama caj jualan, akan mengurangkan keuntungan. Walau bagaimanapun, bagi tempoh jangka panjang, dengan mengandaikan bahawa dana itu bergerak aktif, pulangan pelaburan daripada dana tersebut boleh mengimbangi yuran dan caj yang dikenakan.
|