|
Sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini, diam-tak diam sudah hampir setengah tahun kita telah berada ditahun 2008. Sejak kebelakangan ini, agak "liat" untuk mengemaskini blog ini. Walaubagaimana pun, untuk posting yang pertama dalam tahun 2008 ini, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa pada bulan Julai nanti, satu kelas berkaitan Kursus Analisa Teknikal berkaitan dengan Pasaran Asas Hadapan (Futures Market) akan diadakan di Johor Bahru. Kepada mereka yang berada di sekitar Johor Bahru dan berminat untuk mengikuti kelas tersebut, boleh la menghubungi saya di talian 016 -718 7874. Maklumat lanjut kelas tersebut adalah seperti berikut :- Kursus ini mengajar tentang momentum indicators yang digunakan oleh ramai penganalisa teknikal seperti RSI, MACD, Stochastics, dan Moving Averages. Kursus ini juga menghuraikan Japanese Candlestick Charting untuk membolehkan anda menentukan trend reversal dan continuation patterns serta entry dan exit points. Siapa yang perlu hadir? Mereka yang mahu mempelajari: · bagaimana menterjemah price charts · pelbagai strategi urusniaga · applikasi analisa teknikal · bagaimana mengukur risk and rewards ratio · bagaimana untuk membuat urusniaga yang menguntungkan, mencari a good entry/exit point serta dimana untuk meletakkan stops . menggunakan candlestick untuk meramalkan arah pasaran Peringkat Kursus
Asas hingga pertengahan. Nota kursus
Nota lengkap yang diberikan boleh digunakan sebagai rujukan pada masa akan datang. Sijil kursus
Sijil penyertaan akan diberikan diakhir kursus. Biodata Pengajar
Md Amin Awalludin kini bekerja sebagai Futures Broker Representative di CIMB Futures Sdn Bhd sejak 2000. Beliau telah terlibat dengan industri pasaran hadapan lebih dari 14 tahun dan pernah berkhidmat di pelbagai firma broker bermula dari tahun 1993 di Convest Sdn Bhd, Okachi Sdn Bhd, Phillips Commodities Sdn Bhd dan BBMB Futures Sdn Bhd.
Pengetahuan yang mendalam tentang Japanese candlestick beliau gunakan dalam setiap urusniaga. Beliau juga menganjurkan kursus-kursus yang mengajar bagaimana meningkatkan kebarangkalian mendapat keuntungan dari pasaran dengan menggabungkan Japanese candlestick dan technical indicators serta classical technical analysis. Tarikh : 19-20 Julai 2008 (Sabtu & Ahad) Masa : 9.00pagi – 5.00petang Tempat : Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru Yuran : RM580/seorang tidak termasuk penginapan |
| Leave a Comment: |