|
Nukilan Oleh : Mohd Yusoff OD atau Overdraft facility adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, car loan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di 'standby' kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan. Ciri-ciri Over Draft (OD) :- 1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (Guna cek) 2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit (FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) 3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis. Kalau anda dah lama dengan bank tu, kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. e.g anda letak Fixed Deposit RM10,000 mungkin dapat RM20,000 kemudahan OD. 4. OD boleh dipohon oleh pelanggan individu dan syarikat. 5. Persamaan dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka. Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :- Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 15% maka kadar faedah OD anda juga naik menjadi 18% (15% +3%) Kelebihan OD ni ialah ianya satu standby facility dan jika anda tak guna maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fee untuk maintain the facility dan jika anda sesak nak pakai duit maka anda tak perlu pening-pening nak pakai kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along. |
| Name February 6, 2010 08:33 PM PST sesiapa yg ada pengalaman menggunak OD, untuk pembayaran kad kredit, kereta tanpa menggunakan duit gaji. bagaimana caranya ya. email azmimohdalis@yahoo.com.my. | ||
| Name May 22, 2007 12:01 AM PDT For more info about OD without colleterral, pls e-mail to me: msniza@streamyx.com or mosa_nilam9@yahoo.com Tq | ||
| Alyani May 15, 2007 09:56 AM PDT OD setakat nie hanya bercagarkan Fixed Deposit, ASB dan Rumah sahaja | ||
| Ros May 14, 2007 10:30 AM PDT Salam.. Boleh bagitau bank mana yg menawarkan OD dengan mengguna land-title/geran tanah, sebagai collateral untuk OD tersebut? Terima kasih. p/s: sy dah call R*B, depa tidak meluluskan OD untuk geran tanah. | ||
| Leave a Comment: |